Setelah kali terakhir dianjurkan pada 2023 yang menyaksikan gadis asal Sarawak, Nurel Baharin dinobatkan sebagai juara, kini pencarian Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-14. Menariknya, penganjuran Dewi Remaja 2025 selari dengan ulang tahun ke-40 jenama ini yang sudah melahirkan ramai personaliti popular dan bintang berbakat tanah air.
Pendaftaran pencarian Dewi Remaja 2025 secara dalam talian kini dibuka bermula 26 Jun hingga 10 Julai 2025 sempena ulang tahun ke-40 pertandingan berprestij ini. Gadis remaja Malaysia yang berani tampil ke depan, berpersonaliti menarik dan berbakat besar dipelawa untuk menyertai pencarian ini.