KUALA LUMPUR – Sistem pendidikan negara membuka lembaran baharu apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025, bertujuan mewajibkan pendidikan menengah, diluluskan Dewan Rakyat malam ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menggulung perbahasan RUU itu menyifatkan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai satu detik bersejarah dan amat penting dalam pembangunan modal insan menerusi sistem pendidikan negara.