KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2025 yang bertujuan mengadakan peruntukan berhubung dengan tanggungan untuk membayar caruman dan kadar caruman yang perlu dibayar ke atas pekerja bukan warganegara.
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas oleh 13 Ahli Dewan Negara.