KOTA KINABALU – Kerajaan digesa memperincikan segera senarai produk makanan dari Indonesia yang dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi sekiranya ia berada dalam pasaran tempatan di negeri ini.
Pengerusi Majlis Perhubungan Awam dan Kepenggunaan Komuniti UMNO Sabah, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, kebimbangan timbul memandangkan Sabah bersempadan dengan Indonesia dan tidak mustahil produk dari negara tersebut berada dalam pasaran tempatan.