KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan pihak pemaju meneruskan pembinaan projek J Satine Fasa 3 di Blok SOHO serta Fasa 2 di Blok A dan B yang terletak di Wangsa Maju.
Bagaimanapun, DBKL memaklumkan, kerja-kerja bagi Fasa 1 di Blok C dan D hanya boleh dimulakan selepas kerja-kerja pengukuhan asas dan pembaikan struktur disempurnakan sepenuhnya.