KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur beberapa premis hotel dikendalikan warga asing dalam operasi khas KL Strike Force, di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Susulan pemantauan selama hampir seminggu, dalam operasi pada malam tadi, DBKL mengenal pasti empat buah hotel beroperasi tanpa lesen sah dan dikendalikan individu bukan warganegara.