Siapa yang tidak kenal dengan daun kari bukan? Pokok kari atau nama saintifiknya murraya koenigii antara tanaman yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat tempatan. Tumbuhan tropikal yang berasal dari India dan Sri Lanka ini tergolong dalam keluarga rutaceae.
Antara khasiat yang terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E. Selain dijadikan bahan masakan dan perubatan, ciri daun yang tinggi aroma itu banyak digunakan sebagai ramuan produk seperti sabun, losyen, pewangi rumah, minyak wangi dan produk penjagaan rambut.