SEREMBAN – Dasar luar Malaysia yang berasaskan prinsip aman, bebas dan berkecuali serta mesra pelabur membolehkan negara mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa tekanan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, Malaysia juga boleh menjalinkan hubungan dua hala asalkan negara terlibat menghormati aturan antarabangsa berpandukan undang-undang serta mengamalkan dasar berperikemanusiaan.