KUALA LUMPUR – Cadangan menetapkan dasar baharu berkaitan tempoh penjawat awam menduduki kuarters kerajaan sedang diteliti Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, berdasarkan perbincangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Wilayah Persekutuan) dengan pihak BPH, sekiranya dasar pemisah (exit policy) bagi kuarters ingin dirangka, ia tidak seharusnya dilaksanakan begitu mudah, seperti hanya menetapkan tempoh maksimum 10 tahun untuk penghuni.