PETALING JAYA – Syarikat pemaju perumahan, Danau Lumayan Sdn Bhd akan membangunkan 3,438 unit kediaman mampu milik di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dekat sini.
Pengarah Urusannya, Shahril Reza Shaheen berkata, projek perumahan mampu milik yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.01 bilion itu dikenali sebagai Residensi Wilayah Anggun Lumayan.