Seperti tiada kesudahan, pempengaruh Cik Epal pula bertindak memuat naik satu lagi video dengan mendakwa bekas suaminya iaitu Jofliam sengaja memutar belit cerita.
Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal berkata dia tidak dibenarkan untuk merakam namun bekas suaminya itu melakukan sebaliknya dengan mula merakam sejak awal dirinya memasuki rumah tersebut.