Walau sudah 17 tahun fenomena sinetron Indonesia ‘Bawang Merah Bawang Putih’ berlalu namun impak drama tersebut masih terkesan di hati penonton tanah air hingga ke hari ini. Gandingan mantap Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak Siska ketika masing-masing baru mencecah usia remaja turut membuatkan ramai penonton Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua.
Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.