KUALA LUMPUR – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Oktober depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.
Beliau berkata DPT BLN8/2024 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 41,498 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.