KUALA LUMPUR – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2024 (DPT BLN6/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini dan semakan dibuka selama 30 hari bermula hari ini, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.
Beliau berkata, DPT BLN6/2024 itu mengandungi 37,242 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Jun 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 5,054 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,785 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.