KUALA LUMPUR – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2025 (DPT BLN4/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 19 Jun depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.
Beliau berkata, DPT BLN4/2025 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 32,566 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.