Dabong sebuah daerah dan pekan kecil yang terletak di jajahan Kuala Krai, Kelantan. Terletak kira-kira 155 km dari bandar Kota Bharu, Dabong boleh diakses melalui jalan darat dan juga dengan menaiki keretapi. Dari Dabong juga anda boleh ke Gua Musang, Poring dan juga Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Dabong menjadi kawasan yang cukup terkenal dengan destinasi dan aktiviti eko pelancongan yang pelbagai. Dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan, barat dan timur. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati bila anda datang ke Dabong.