Cukai jalan merupakan perkara wajib yang dikenakan ke atas semua kenderaan yang bergerak di atas jalan raya di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) wajib dipamerkan secara fizikal dan ditampal di bahagian hadapan cermin kereta.
Bergerak seiring dengan arus semasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendengar aduan pengguna tentang permasalahan yang dihadapi berkenaan dengan cukai jalan fizikal yang dikatakan kurang berkualiti.