COROS secara rasmi melancarkan model jam tangan pintar terbaharu mereka COROS NOMAD di pasaran Malaysia. Ia direka khas untuk penggemar aktiviti luar seperti pendakian, larian denai dan sukan lasak. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1699.
COROS NOMAD dilengkapi paparan bersaiz 1.3-inci menggunakan teknologi Memory in Pixel (MIP) generasi ketiga. Ia menawarkan kontras yang tajam bersama warna lebih jitu dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Reka bentuknya kukuh melalui gabungan bezel dwi-lapisan aluminium dan polimer bertetulang gentian lalu menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam persekitaran mencabar.