Penyanyi lagenda, Dato’ Awie kini tampil dengan single terbaharu, Coretan Pilu hasil gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya yang pastinya meruntun jiwa pendengar.
Coretan Pilu mengisahkan tentang seorang ayah yang rindukan belaian kasih sayang anak-anaknya dan turut menjadi runut bunyi untuk drama Ayahanda arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar yang kini bersiaran menerusi slot Lestary TV3.