Microsoft kini telah mula memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk pengguna versi pembangunan Windows 11, atau turut dikenali sebagai Windows Insiders. Salah satu ciri baharu yang kini disertakan adalah sokongan dinamakan “File Search”.
Menggunakannya, kini pengguna boleh melakukan carian untuk dokumen atau fail dalam peranti, terus menggunakan aplikasi CoPilot. Dengan langkah ini, anda boleh meminta kecerdasan buatan CoPilot untuk melakukan carian fail dalam peranti, dan seterusnya mengakses ia terus melalui antaramuka CoPilot.