KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Operasi (COO) Prolintas dijatuhi hukuman denda maksimum RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menerima suapan RM90,000 daripada Syarikat Satunas Technologies Sdn Bhd berkenaan pakej kerja Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami dikatakan gagal melaporkan pemberian rasuah pada 20 Februari 2023 itu yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009.