SHAH ALAM – Siapa sangka, video tanpa suara yang dihasilkan seorang wanita kelahiran Perak mampu menarik perhatian jutaan penonton bukan sahaja di Malaysia, bahkan sehingga ke negara jiran.
Itulah keistimewaan Salmah Melor atau nama sebenarnya Nabila Afini Mad Izhar, 31 yang aktif sebagai pencipta kandungan di platform TikTok sejak awal 2023.