< Kembali

Cip MediaTek Helio G200 Dilancarkan Dengan Teknologi 6nm Dan Peningkatan Kamera

Teknologi
AMANZ
67 Hari

MediaTek telah melancarkan cip pemproses terbaharu dalam siri Helio G mereka, iaitu Helio G200. Cip ini direka untuk telefon pintar dan tablet dengan sambungan 4G. Selain itu, ia merupakan versi kemas kini bagi Helio G100 dengan beberapa peningkatan dalam aspek kamera dan keupayaan rangkaian.

Helio G200 dibina berasaskan teknologi 6nm dengan lapan teras CPU yang terdiri daripada dua teras Cortex-A76 dengan kelajuan 2.2GHz serta enam teras Cortex-A55 pada 2.0GHz. Ia masih menggunakan GPU Mali-G57 MC2 yang beroperasi pada kelajuan 1.1GHz. Selain itu, cip ini menyokong LPDDR4X serta storan UFS 2.2.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI