KUALA LUMPUR – CIMB, Bank Islam dan Etiqa tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat daripada insiden kebakaran di Putra Heights, Selangor, pada Selasa, menerusi pelbagai pelan bantuan.
CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd telah memudahkan proses kepada pelanggan yang terkesan apabila mereka hanya dikehendaki memberikan maklumat asas bagi memohon pelan bantuan tersebut.