Membayangkan dapat makan mee segera perisa ayam dan diletakkan sebiji telur bersama cili padi jeruk, nyata sudah mampu menjadikan menu yang dihidang cukup menyelerakan untuk dimakan pada bila-bila masa. Walau ringkas tanpa bahan atau ramuan lain, namun keenakan rasanya cukup puas hati.
Pun begitu lazimnya orang buat cili jeruk dengan menggunakan cili hijau besar, namun bila anda mencuba membuat cili jeruk dengan memilih cili padi atau juga dipanggil cili burung, rasanya memang tidak akan mengecewakan. Lebih-lebih buat peminat rasa pedas.