Penyampai radio Chiwan tampil memberi penjelasan susulan kenyataannya yang mengundang salah faham ketika bersiaran secara langsung baru-baru ini.
Menurut Chiwan, dia tidak berniat untuk merendah-rendahkan kerjaya suri rumah sewaktu berbual bersama seorang pemanggil wanita, sebaliknya soalan yang ditujukan dibuat dalam nada mesra dan bertujuan membuka ruang perbualan.