< Kembali

China Mengharamkan Powerbank Tanpa Kelulusan 3C Daripada Penerbangan

Teknologi
AMANZ
9 Hari

China kini menetapkan perundangan baharu, dimana memerlukan semua penumpang yang membawa powerbank menaiki penerbangan perlu mempunyai kelulusan 3C. Sekiranya sesuatu powerbank tidak mempunyai kelulusan 3C atau “China Compulsory Certification”, maka ia tidak akan dibenarkan dibawa naik penerbangan. Semakan dilakukan untuk semua penumpang yang melakukan penerbangan dari China ke luar, dan bukan spesifik mengikut syarikat penerbangan.

Hal ini diambil selari pelbagai insiden pada peringkat global yang melibatkan kebakaran atau powerbank yang menjadi panas ketika dalam penerbangan. Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan telah mengetatkan peraturan masing-masing, dan ada yang tidak membenarkan penggunaan powerbank dalam penerbangan, dan memerlukan powerbank bersama pengguna sepanjang masa.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI