KUBANG PASU – Terletak di utara Kedah berhampiran sempadan Thailand, Changlun bukan sahaja terkenal sebagai pekan transit pelajar universiti tetapi kini semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan semula jadi dan makanan yang mengujakan.
Antara tarikan utama yang semakin mendapat perhatian ialah aktiviti jungle trekking ke Air Terjun Bukit Perangin, sebuah lokasi tersembunyi kira-kira 10 kilometer dari jalan besar.