PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan tanah yang dijadikan kebun durian di Raub, Pahang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, senarai itu turut meliputi pegawai kerajaan yang telah pencen.