Selain masalah jerawat dan bintik hitam pada wajah, ketiak hitam juga merupakan antara masalah yang sering terjadi kepada kaum wanita. Perkara ini tidak selalu dibincangkan kerana mereka merasa malu untuk berbicara tentang hal ini.
Hijabi, anda tidak perlu malu untuk bercakap tentang perkara ini kerana jika ia tidak bincangkan, tentu tiada jalan penyelesaiannya. Anda tidak perlu melakukan sebarang rawatan atau membeli produk-produk di pasaran yang tidak diketahui kebaikannya semata-mata mahu memiliki ketiak yang putih.