KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd (THP), Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Marliyana Omar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaan pembayaran tidak sah bernilai RM5.1 juta kepada pekerja ladang.
Mohamed Zainurin diarah bercuti berkuatkuasa dari tarikh surat tunjuk sebab sehingga tempoh selanjutnya yang dimaklumkan kemudian, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.