SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Shahul Hameed Shaik Dawoo dikembalikan ke tugas asal selepas nama beliau tidak disebut dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, tidak adil untuk menuding jari kepada individu tertentu sehingga laporan atau keputusan akhir dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa.