Pempengaruh dikenali CEO Batu yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja berusia 14 tahun, dibebaskan dengan jaminan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.