NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi berpangkalan di New York, Astronomer, Andy Byron meletakkan jawatan selepas klip video memaparkannya berpelukan dengan seorang kakitangan wanita semasa konsert Coldplay menjadi tular.
Dalam kenyataan yang dikongsikan kepada CNN pada Sabtu, Lembaga Pengarah Astronomer memaklumkan telah menerima peletakan jawatan Byron dan kini sedang menjalankan proses pencarian calon pengganti untuk mengetuai syarikat tersebut.