Melaka Titans yang bertemu buat kali kelima musim ini melakar kemenangan 2-0 menewaskan Negeri Sembilan Antlers dalam saingan CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Perak di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.
Meskipun ketinggalan dalam awal set pertama, regu Negeri Sembilan yang terdiri daripada Hafizul Hayazi, Zulefendi Sumari dan Faisal Fuad masih mampu mengejar untuk mengikat kedudukan 8-8, sebelum trio Melaka iaitu Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali menoktahkan dengan kemenangan 15-11.