CelcomDigi hari ini memperkenalkan sebuah ciri dan penawaran baharu, dinamakan PrivateSIM. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mendapatkan talian tambahan pada harga RM10 sebulan, dan ditawarkan dalam bentuk eSIM. Talian kedua ini disasarkan untuk digunakan khusus untuk beberapa aktiviti seperti untuk menerima OTP aktiviti digital, atau perbankan – sekaligus mengelak talian utama digunakan dan terdedah kepada serangan siber dan sebagainya.
Penawaran PrivateSIM ini disediakan untuk pengguna CelcomDigi Postpaid 5G 80 atau yang lebih tinggi. Talian PrivateSIM ini lebih kepada privasi, dan tiada penawaran data dan sebagainya yang hadir.