Untuk anda yang bercadang untuk menaiktarafkan pelan langganan internet di rumah ke pelan yang lebih pantas, CelcomDigi hari ini telah mengumumkan penaiktarafan Fibre-to-the-Room (FTTR) percuma untuk langganan pelan CelcomDigi Fibre 1Gbps mereka.
Penaiktarafan FTTR percuma ini membolehkan pelanggan CelcomDigi Fibre 1Gbps untuk memastikan bahawa semua bilik dan juga pelusuk rumah mereka dapat menikmati sambungan pantas tersebut menggunakan kabel gentian optik yang dilarikan di seluruh rumah, dan penghala WiFi yang dipasang pada bilik-bilik yang memerlukannya.