Inilah pesona Kavita Sidhu! Memperagakan busana di pentas fesyen pada usia 20an bukan lagi perkara asing. Tapi bila Kavita Sidhu membuat kemunculan istimewa di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini, memang luar daripada jangkaan.
Mana tidaknya, jelitawan ini sudah meniti usia separuh abad dan November depan Kavita bakal berusia 51 tahun. Kalau tengok penampilan Kavita Kaur Sidhu memang ramai tak sangka umur sebenarnya. Iyalah, bukan hanya tinggi lampai, dia juga dikurniakan raut wajah cantik mempersona.