KUALA LUMPUR – Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dalam jangka panjang berikutan majikan akan lebih cenderung untuk menggaji lebih ramai bakat tempatan apabila kos meningkat.
Walaupun kos operasi akan menjadi lebih tinggi, ia memberikan manfaat untuk memupuk amalan perniagaan mampan dalam kalangan industri tempatan.