KUALA LUMPUR – Cadangan kerajaan untuk melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi pekerja asing mencerminkan usaha mengimbangi kebajikan pekerja dan kemampanan perniagaan, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.