KUALA LUMPUR – Selepas hampir enam tahun ditutup, Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu selepas kerja-kerja pembangunan bangunan warisan negara itu siap menjelang Julai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) serta persiapan ASEAN-Malaysia 2025.