Kobis (Brassica oleraceae var capitata) adalah sejenis tanaman daripada famili Brassicaceae yang sangat popular ditanam di Cameron Highlands. Terdapat tiga jenis kobis dalam negara, iaitu kobis bulat, kobis panjang dan kobis bunga. Antaranya, kobis bulat merupakan sayuran yang popular sekali dengan penggunaan mendekati 200,000 tan pada tahun 2007 yang mana 68% daripadanya terdiri untuk kegunaan rumahtangga. Kobis adalah sangat sesuai di tanam di kawasan beriklim sederhana,namun begitu terdapat juga varieti kobis yang boleh ditanam di tanah rendah yang lebih tinggi suhunya iaitu KK cross, U.S.Tropical,Ei Yu dan Autumn Queen.
Siapa kata di bandar tidak boleh menanam? Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk penduduk bandar bertani di kawasan rumah mereka. Cara yang paling praktikal ialah menanam di dalam pasu tanaman, polibeg atau bekas-bekas yang sesuai. Cara ini cukup sesuai bagi mereka yang kurang ruang dan laman sempit terutamanya kawasan perumahan. Paling penting keinginan dan kesungguhan untuk membekalkan sendiri sumber vitamin dan mineral dalam makanan sehari-hari terutamanya daripada sayur-sayuran.