Untuk beginner yang berhasrat untuk penuhi laman rumah dengan pelbagai jenis tanaman, boleh belajar dulu cara semai biji benih. Bukan apa, semai biji benih perkara asas dalam berkebun, meskipun nampak mudah jika salah caranya, ia tak bercambah.
Ikut perkongsian daripada Mira Edora ini memang mudah. Tak perlu beli tray khas, boleh guna cawan plastik saja.