Ada semut di rumah? Jangan risau, anda boleh halau mereka dengan cara yang mudah dan selamat tanpa perlu guna racun serangga. Ini beberapa tips yang boleh anda cuba:
Cuka mempunyai bau yang sangat kuat dan kandungannya berasid. Ini tidak digemari oleh semut. Apa yang perlu dilakukan larutkan cuka dengan air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong.
Kemudian semburkan kepada bahagian laluan dan tempat semut memasuki rumah anda. Ulang semburan untuk beberapa kali. Dalam masa beberapa hari anda akna lihat semut-semut sudah hilang.