Jika ke pasar malam, pasti ramai yang suka beli Roti Khurasan inti daging ini. Rotinya sangat ringkas. Ia berupa roti yang diletakkan inti dan kemudiannya dibalut dengan kulit popia seterusnya digoreng.
Makan panas-panas memang sedap roti ni. Intinya cukup mudah disediakan. Asasnya adalah bawang yang ditumis dengan daging. Jika tiada daging kisar, boleh sahaja guna daging burger, Tapi rasanya mungkin sedikit lain dari rasa inti Khurasan yang biasa kita makan. Jika alah dengan daging, gantikan sahaja dengan isi ayam kisar. Sama sedapnya.