Ikan siakap memang enak dijadikan juadah untuk berbuka dan biasanya menu Siakap Tiga Rasa menjadi pilihan ramai. Pun begitu resipi Ikan Siakap Stim ala Thai ini tidak kurang enak dan punya peminatnya yang tersendiri.
Kelembutan rasa isi ikan Siakap yang dikukus memberi kepuasan rasa kepada penggemarnya. Malah tidak dinafikan hidangan yang disajikan untuk keluarga tercinta juga lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak. Bahkan ianya lebih mudah disediakan berbanding masak Ikan Siakap Tiga Rasa yang memerlukan ikan digoreng terlebih dahulu, bahan-bahan ditumis dan sebagainya sebelum tersedia untuk dinikmati.