GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan kenyataan yang dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang dianggap tidak relevan berhubung isu penjualan minuman keras di negara ini.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kadeer berkata, kenyataan menteri tersebut yang menyarankan supaya mereka yang tidak boleh minum arak untuk tidak membelinya adalah tidak masuk akal.