Penantian lebih setahun aktivis kemasyarakatan, Mona Din untuk bertemu dan mendekati Adik Bella berakhir hari ini, apabila beliau dapat juga bertentang mata dengan anak istimewa tersebut setelah sekian lama berjuang mendapatkan keadilan untuk Adik Bella. Menerusi hantaran di Facebooknya, Mona Din memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberikan peluang menemui adik Bella di Mahkamah Jalan Duta yang dijangka (ketika artikel ini ditulis) akan memberikan keterangan berhubung siri penderaan yang dialaminya ketika menginap di Rumah Bonda.