SHAH ALAM – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan mana-mana pihak yang cuba mengganggu atau menghalangi kebebasan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dianggap melakukan jenayah.
Beliau berkata, ia tertakluk di bawah Seksyen 34 Akta SPK dengan menyatakan bahawa seseorang yang didapati bersalah kerana mempengaruhi atau cuba mempengaruhi SPK boleh didenda tidak lebih RM100,000.