SHAH ALAM – Tular di media sosial apabila seorang ibu sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak akan berlangsung kerana calon isteri menarik diri pada saat akhir.
Susulan daripada itu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa keluarganya mengambil keputusan untuk meneruskan ‘hari bahagia’ itu dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat.